1Iklan Kekosongan Jawatan
Bilakah iklan kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor dibuat?

Iklan kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada kebiasaannya dibuat di antara Januari hingga Mac dan di antara September hingga Disember setiap tahun.

Perancangan keperluan mengisi kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor adalah dibuat oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor bertanggungjawab membuat pengambilan/pelantikan.

2Cara-Cara Memohon Jawatan
Bagaimanakah cara-cara memohon sesuatu jawatan di dalam Perkhidmatan Awam negeri Johor?

Permohonan sesuatu jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor mestilah dibuat berdasarkan iklan kekosongan jawatan sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan (Jika Berkenaan), Media Sosial dan Portal Rasmi SPAJ.

  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pre-online SPAJ.02 yang diperolehi melalui Portal.
  2. Permohonan yang lengkap sebelum tarikh tutup akan diproses untuk urusan penilaian dan temu duga.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima.
3Panggilan Temuduga
Bilakah temu duga sesuatu jawatan yang telah diiklankan dibuat?

Secara umumnya, temu duga pertama bagi sesuatu jawatan yang telah diiklankan dibuat dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan yang berkenaan.

Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada bilangan skim jawatan yang diiklankan, bilangan pemohonan dan keputusan Mesyuarat Tapisan Permohonan.

4Panduan Menghadiri Temu duga
Bagaimana untuk membuat persediaan menghadiri temu duga?

Sila rujuk pada pautan panduan menghadiri temu duga pada portal SPAJ

5Keputusan Temuduga
Bilakah keputusan temu duga sesuatu jawatan boleh diketahui?

Keputusan temu duga sesuatu jawatan dibuat satu bulan sehingga selesai sesi temu duga jawatan tersebut sepenuhnya.

Calon-calon yang telah hadir temu duga sesuatu jawatan boleh mendapatkan keputusan mengenainya pada minggu pertama bulan berikutnya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Emel untuk menyemak status permohonan dan keputusan.

6Urusan Pelantikan dan Pengambilan (Calon Berjaya)
Bilakah surat tawaran pelantikan jawatan dikeluarkan?

Surat tawaran pelantikan jawatan akan dikeluarkan kepada calon-calon yang berjaya semasa mereka menghadiri taklimat jawatan tersebut. Taklimat jawatan ini diadakan pada minggu kedua selepas keputusan temu duga diumumkan/disiarkan.

* Semua program/majlis secara fizikal adalah mengikut SOP Pencegahan Penularan Wabak Covid-19 yang berkuatkuasa dari masa kesemasa. SPAJ komited melaksanakan pelantikan dengan penggunaan teknologi digital bagi mengantikan kaedah secara bersemuka.

7Bolehkah calon menukar tarikh/pusat temu duga?
Jawapan :

Boleh dipertimbangkan oleh SPAJ dalam keadaan berikut:

  1. Upacara Keagamaan;
  2. Kesihatan;
  3. Perkahwinan;
  4. Kematian; atau
  5. Lain-lain sebab (dengan kelulusan SPAJ)
Tiada Maklumat
1Urusan Pengesahan Pelantikan
Bilakah Surat Pengesahan Pelantikan dikeluarkan kepada calon-calon yang telah melaporkan diri untuk bertugas?

Bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Pelaksana Gred 29, Surat Pengesahan Pelantikan akan dikeluarkan setelah suruhanjaya ini mendapat maklum balas daripada Jabatan Perdana Menteri menegenai Borang Soalan Keselamatan (Am 480)(Lampiran F) secara atas talian di http://www.cgso.gov.my

Bagi kakitangan Kumpulan Pelaksana Gred 19 kebawah pula, Surat Pengesahan Pelantikan akan dikeluarkan setelah suruhanjaya ini menerima Borang Pemeriksaan Doktor (Am 402)(Lampiran B) dan Surat Akuan Sumpah (Lampiran C).

2Urusan Pengesahan Pelantikan
Mengapakah perlu mendapat surat kelulusan pengesahan lantikan?

Keperluan mendapat surat kelulusan pengesahan lantikan bertujuan untuk memastikan calon yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menerima atau tidak tawaran jawatan serta memastikan anggota itu telah memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Di samping itu, bagi menentukan tarikh mula seseorang anggota itu berkhidmat dan menentukan taraf berpencen dan kekanan seseorang anggota dalam perkhidmatan.

3Urusan Pegesahan Pelantikan
Apakah syarat-syarat pengesahan lantikan?

Syarat-syarat pengesahan lantikan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu surat setuju terima pelantikan, surat sumpah (6B), surat akuan doktor kerajaan, dan tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan. 

 

4Urusan Pegesahan Pelantikan
Bila kelulusan pengesahan lantikan diperolehi?

Surat Pengesahan lantikan akan dikeluarkan oleh SPAJ dalam tempoh dua (2) minggu selepas suruhanjaya ini menerima perakuan tarikh calon melaporkan diri untuk bertugas beserta dukumen-dokumen yang lengkap daripada jabatan dimana calon diarahkan bertugas.

Penerimaan permohoan adalah melalui sistem eSPAJ yang dilaksanakan oleh Pembantu Tadbir Perkhidmatan Jabatan/Agensi bertugas.

5Urusan Pegesahan Pelantikan
Sekiranya ingin mengetahui kedudukan pengesahan lantikan, siapakah yang perlu dihubungi?

Sebarang pertanyaan mengenai pengesahan lantikan, boleh merujukan pentadbir perkhidmatan jabatan/agensi atau melalui seftcare deskboard pemilik akaun pengguna eSPAJ.

6Lapor Diri Bertugas
Bila dan di manakah calon-calon akan diarah melaporkan diri untuk bertugas?

Tarikh dan tempat bertugas adalah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

7Urusan Tatatertib
Adakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja boleh diambil ke atas pegawai yang telah bersara wajib, atas kesalahan yang telah dilakukan semasa dalam perkhidmatan?

Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pegawai yang telah bersara kecuali jika tindakan tatatertib telah pun dimulakan (pertuduhan telah dihadapkan kepada pegawai ) sebelum tarikh persaraan itu, maka tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib itu berkeputusan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 10 Akta pencen.

8Urusan Tatatertib
Adakah tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas pegawai yang telah meletak jawatan dari perkhidmatan?

Tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah meletak jawatan. Tindakan tatatertib yang sedang diambil juga tidak boleh diteruskan lagi selepas perletakan jawatan tersebut

9Urusan Tatatertib
Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh polis atau SPRM kerana disyak melakukan jenayah?

Tangkapan seumpama ini dianggap sebagai tangkapan kerana membantu siasatan. Ketidakhadiran bertugas bagi tempoh pegawai ditahan itu bagaimana pun adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah. Walaubagaimana pun, sekiranya pegawai masih, tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidakhadiran selepas dia dibebaskan itu.

10Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
Bagaimana dan bilakah seseorang kakitangan Perkhidmatan Awam boleh disahkan serta diletakkan ke dalam jawatan berpencen?

Seseorang kakitangan Perkhidmatan Awam, adalah layak untuk disahkan dalam perkhidmatan apabila:

- Berjaya menjalani tempoh percubaan (percubaan asal atau dilanjutkan)
- Hadir dengan jayanya Program Tranfomasi Minda (PTM) 
- Lulus peperiksaan yang ditetapkan
- Disokongan daripada Ketua Jabatan

 

Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan, pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan.

11Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
Apakah yang perlu dilampirkan untuk memperakukan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen ?

Pentadbir urusan perkhidmatan jabatan perlu mengemukakan permohonan dalam aplikasi eSPAJ dengan memuat naik permohonan dan dokumen/lampiran yang diperlukan. Berikut adalah dokumen/lampiran yang perlu dimuat naik :

Surat Permohonan untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian Taraf Berpencen
- Borang Opsyen untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian Taraf Berpencen
- Surat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan - kenyataan berkenaan peperiksaan
- Surat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Perintah Am 36 Bab 'A') dan perakuan Taraf Berpencen
- Kenyataan Perkhidmatan
- Salinan Sijil Program Tranformasi Minda (PTM)
- Salinan keputusan Peperiksaan
- Salinan surat pelanjutan tempoh percubaan (sekiranya dilanjutkan)

12Permohonan Pelarasan Gaji Permulaan
Apakah hubungkait di antara Perintah Am 32(b) dan 34 Bab 'A' bahawa Pegawai sementara atau dalam kontrak dilantik tetap dan penetapan gaji lebih dari kadar biasa ?

Seseorang pegawai dalam jawatan sementara atau dalam tukar sementara atau dalam pinjaman atau dalam kontrak yang kemudiannya dilantik ke perkhidmatan tetap dalam jawatan yang sama akan ditetapkan gaji masuknya mengikut perbekalan Perintah Am 34 Bab 'A' iaitu. Suruhanjaya boleh melantik seseorang calon atau pegawai yang mempunyai kelayakan-kelayakan teristimewa, meletakannya kemana-mana tangga gaji tingkatan biasa atau lain-lain peringkat mengikut budibicara.

13Permohonan Pelarasan Gaji Permulaan
Apakah yang dikatakan dengan Perintah Am 33 ?

Seseorang pegawai kerajaan yang telah disahkan dalam perkhidmatan tetap kemudian mendapat jawatan baru, maka akan diletakkan dimata tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji pemulaan dalam jawatan baru.

Tiada Maklumat